Friday, June 12, 2009

Kamus Moden Urang Dong Yang Terkini

Hmm, kali ini kawan rasa sungguh bertuah, sebab dapat makluman berkenaan bahasa kampung Dong yang begitu "unik" dan "sensasi". Unik tu sebab takkan jumpa kalau nak cari dalam kamus lain atau seantero dunia ni.. Sensasi pulak sebab cara bahasa tu diucapkan memang lain sungguh dari lenggok bahasa baku ni.. kalau contoh bahasa loghat Kelantan misalnya, perkataan "kawan" boleh dieja "kawe", "dema" dieja "demo".. tapi bahasa Dong ni terus langsung tak boleh nak dieja mengikut bunyi.. bunyi macam ala-ala huruf "ghin" dalam tulisan jawi pun ada, bunyi macam huruf "hamzah" digunakan pun ada.. memang mencabar minda dan lidah sungguh.. itu sebab orang Dong kalau dia pegi hujung dunia mane pun, kalau ada la orang Dong juge yang berdekatan, dia boleh terus kenal.. huiii..hebaaat tuu.. tak payah nak susah berbahasa KL laa.. akan tekeluar juge "bait-bait" bahasa dan loghat "eksklusif" Dong tuu..

Misalnya, dulu lagi orang Dong dah guna bahasa ni.. Perhatikan ayatnya "Menyampah betoi kawan menengok si-Mat tu, baru seminggu ke Kelumpo pun, dah nak cakap CANGGIH dah!".. Hmm, ini cerita bertahun dulu dah.. orang Dong dah tau guna perkataan CANGGIH tu.. cuma dia maksud tu lebih luas lagi.. bukan setakat bermaksud Mat tu cakap bahasa yang lain dari tempatan , tetapi nampak "ek" (belagak) pulak..

Tadi pun dapat lagi maklumat daripada "Fellow Fakulti Bahasa Dong" "Universiti Ontah Mano" kita, sape lagi kalau none other than Pakcik Omar (Uncle Lah or Aki Glamour laa tuu.. ha..ha.. jgn mare yea Pak Cik, gurau je!).. Mengikut kajian "sifu" kite tuu, banyak lagi perkataan lain yang dah mula generasi baru Dong kita tak tau guna dalam per"borak"an demanye..

Antaranya ialah, "Huii, habih RINCHI'T di rumah aki nun bila anak-cucu balik".. RINCHI'T ni adalah riuh-rendah tahap "gaban" laa.. yang memang tersangatlah riuhnye sampai tak boleh nak dengar jelas buah butir apa yang dicakapkannye..

Satu lagi , "Hukme biar betoi, habih hukme GERUN je buah mangga tuu.." Yang ni bukan maksud takut, tapi macam KIPONG laa.. ala-ala gigit buah tu gaye tupai pun ada..punya laa expert, sampai meleleh "jus mangga" tu ke siku (pisau pun malu tengok!).. sekarang ni, kalau tengok gitu, tak lalu pulak makan rasenya..he-he-he

"Turun cepat, hukme nak kena SENAWAT ke.. Yang jadi keluang ni nak jadi ape!" Huh, itu sama standard dengan ancaman "bom atom" tuu.. boleh birat punggung .. kalau nasib baik betis jee yang kene.. SENAWAT tu sama laa macam tindakan MEROTAN.. bise tu beb.. bila musim buah tu, "landing" dengan bekas garam colek terus dari pucuk jambu tu kira "heaven" laa... setiap dahan dah ada "penunggu"..kita "chup" tuu.. ada "trade mark".. sape berani kacau.. kalau yang dahan dah habih buah tuu, kira nasiiib laa.. terkulat-kulat je laa..harap belas ehsan "keluang" yang lain.. Selalunya, kalau tak merayu syahdu, mintak maap je lee..

bila dah main macam-macam kat keliling kampung tu biase la kaan, akibatnya satu badan pun "BERKETUA'S".. payah nak di'pronounce'kan nii.. haa, maksudnya memang dah COMOT tahap PhD. laa tuu..dah tak de level lebih tinggi dari tuu lagi dah..

Hmm, next "pit stop" kat mana lagi.. terjun batang Dong laa.. dulu-dulu batang Dong tu agak dalam le juge.. Mengikut kata Arwah Bonda, di zaman "kehebatan" dan "kemasyhuran" zaman remaja deme dulu, geng Bonda, Enjang Melah dan lain-lain tokoh lagi boleh main "diving" dari dahan pokok tepi tebing tu dan "cebooor" ke dalam sungai..siap main cari-cari kayu yang dicacak atas pasir di dasar sungai lagi.. hah, bayangkan le dalamnye batang Dong masa itu..

Yang best mandi di Batang Dong ni, kalau tibe-tibe terasa "terkucil" buat je muke "sadin".. hah lepas hajat pun geng sebelah tak tauu.. tau-tau dah pun legaaa... tapi dalam pada tu, kawasan-kawasan yang belubuk tu jangan le nak try kalau tak pandai berenang, harus CENGKELIK.. Haa, itu le istilah lain bagi LEMAS..

Akhir sekali, "HUNCA'S" yang digunakan seperti berikut.."Yang hukme pegi HUNCAS katil tu pasal ape?".. Yees, ia bermaksud "merosakkan sesuatu susunan benda seperti kain dengan teruk sekali.."

Hmm, rasenya banyak juge perbendaharaan kata yang diperoleh hari nii.. tak pe, kita akan usahakan lagi bahasa-bahasa hebat yang jarang didengar dan diketahui umat Dong zaman kini..

Memang indah kenangan masa dulu..

No comments:

Post a Comment