Monday, June 1, 2009

Apa khabar orang kampung babak kedua

Salaam semua, apa khabar kita weh.. lama juga tak menulis, tak berkesempatan waktu. Sibuk amat dengan kerje. Nak komplen kerje banyak pun tak nye boleh, sebab yang pandai pun hak tu je. Jadi buat je lah, untuk rezeki keluarga. Tadi pun dapat panggilan telefon daripada Uncle Cik kita (gelarannya Pakcik Omar di kalangan geng senior, tetapi dikenali sebagai 'Uncle Cik' di kalangan generasi muda yang tak berapa muda) Bagi kalangan cucu-cicit pulak, dikenali dengan 'Atuk glamor'..jangan marah ye. Gitu lah kita ni, selagi hayat dikandung badan, dapat lah juga kita 'seloghor' (se-lo-ghor)..[atau bergurau dengan agak sedikit kasar tapi berniat sekadar menambah kemesraan bagi yang akrab].. Pakcik pun turut membaca blog kampung ni..Alhamdulillah.. saya pun baru mencuba je..

Hmm, sebentar tadi baru je dapat panggilan telefon dari adik pupu yang berada di UAE, Along Andy kita (Affandy), anakanda Cu Sepiah dan Pak Cu Saari kita.. Tiba-tiba teringat pulak kisah masa kami kecik-kecik dulu.. Nak dijadikan cerita, si-Andy ni dan adinda kawan (perkataan seerti dengannya: koi, kawaih, atau kas mengikut ejaan baku) iaitu si-At (Firhat) ditakdirkan sebaya pulak tu.. kalau dulu dalam 30 tahun lebih yang silam, kedua-duanya tu kalau je balik ke rumah Aki Md. Yudin, maka kelam-kabut lah orang tua tu dibuatnya.. Tak pasal-pasal ayam dia akan 'berkurangan' jumlahnya.. bukan sebab dijadikan santapan.. tapi dijadikan bahan ujikaji para pakar sains ni dalam segala jenis.. Ada angsa pun sampai dah penat berlari dikerjakan bebudak tu.. Yang paling kesian bila tengok 'rezeki' katil aki yang dalam bilik di Kuala Gali tu.. kalau diibaratkan batang gigi yang penuh kayu-kayu katil tu, habih relai satu-satu setiap kali geng Mat Kilau dan Datuk Bahaman ni balik kampung.. selamat dijadikan 'senapang' untuk main perang-perang.. Pak Tek pun tak boleh kata apa-apa.. Kalau nak diingatkan, mengikut kata Arwah Bonda Aminah dulu, isssh, Arwah Aki Md. Yudin tu bukan main lagi garangnya.. siapa yang tak kenal.. kalau mengajar agama time dulu-dulu atau kelas dewasa tu tak ada orang yang berani menyanggah.. kalau di kedai Dong tu.. kedai mamak "Ba'a-Cheng" seantero dunia kenal dengan Mamak Md. Yudin.. aka 'The General'.. Kita pun berbangga jadi cucu dia sampai hari nii.. Tapi, bila kena dengan cucu -cucu dia yang 'mewarisi' darah pendekar dia tu, habih laa 'kegarangannya', cair pulak jadinya..Dengar ceritanya, nak jadi menantu dia pun jenuh kena 'test'.. hmm maklumat terperinci kena cari tuu..

Yang menariknya juga, Arwah aki ni, memang sentiasa menjaga hati semua orang.. kata dia "Cucu Aki semuanya CANTIK belaka..!" [Ye ke? sendiri mau tau le..cantik tu kat mana..] Apa pun, statement tu antara yang terbaik hingga kini..ehem..

Bagi yang tak berapa kenal dengan 'Jeneral' kita ni, di zaman mudanya memang aki kita ni seorang yang paling segak (cuba tengok gambar dia yang pakai kot di zaman mudanya) dan paling berani (terbukti di zaman sebelum darurat lagi..) Malahan, kalau tiba 'time' nak ambik gambar, memang dia akan pastikan bergaya sungguh.. beberapa kali le juga kawan jadi 'jurugambar' aki kita tu.. tak payah nak kata 'action', dia dah tau nak 'posing' macam mana..

Kalau dulu, di hujung laman rumah aki menghala ke 'pulau' tu, terdapat tali air..jernih je airnya.. kadang-kadang jadi juga tempat 'pelaburan ASB' di zaman tu.. yes..serve the purpose.. time dulu-dulu le tu.. dan banyak ikan 'kalang' di dalamnya.. puyu dan sepat jangan cakap la.. memang best..

Di sekitar rumah aki pulak, ada bermacam-macam jenis pokok buah, tapi yang favourite nye, buah rambutan, manggis dan langsat laa.. 'kundang' pun ada.. uiiissh, teringat ni pun dah meleleh rasa air liur.. itu laa kenangan mengusik jiwa..

Sekarang ni, dah usang rumah tu.. kampung pun dah tak ada orang lagi.. semua hanya tinggal kenangan..

4 comments:

  1. Ini ada unsur fitnah. Bab ayam kurang tu, kita tak terlibat ye. Tapi kayu katil tu memang best buat senapang. Tambah pulak zaman cerita combat sedang popular.

    min UAE

    ReplyDelete
  2. Jangan lupa letak gambar rumah arwah aki tu. Kenangan mengusik jiwa. Gambar perigi jangan lupa. Air kena pam baru naik. Salur air dari getah tayar motor.

    ReplyDelete
  3. ekekeke.. geng main senapang gak rupernya.

    ReplyDelete
  4. Zaman teenager, pinjam moto pulak, ronda keliling kampung... hahaha.

    ReplyDelete