Wednesday, December 2, 2009

Musim Haji Datang Lagi

Salam to all,

It's quite some time since last time I'm writing in this cyber space.. Yes.. sesekali mukadimah tu cakap juga omputeh.. Bukannye apa, tak dapat langsung masa nak masuk ke blog.. terlalu banyak urusan duniawi yang rasmi yang perlukan perhatian.. Ha, terlanjur bercakap tentang musim Haji ni, ye laah.. Uncle Cik kita.. telahpun memperoleh "ijazah" nya dah graduate sebagai "Tuan Haji Abdullah Omar".. tahniah.. semoga dikurniakan Haji yang mabrur.. Sama-samalah kita mendoakannya.. maklum aje lah bukanlah senang untuk nak mendapatkannya.. Sering lah juga kami berhubung menerusi sms dan panggilan telefon di sepanjang musim haji ini.. Ye lah, dulu tu kalau musim naik kapal haji..macam menghantar orang pergi yang tak balik dah.. tetapi kini, menerusi kemudahan yang semakin baik..Alhamdulillah.. semuanya semakin dekat.. dunia dirasakan "semakin kecik".. Nampaknya hanya menghintung hari laa pulak "Tuan Haji"kita tu nak balik ke Malaysia.. sama-sama kita tunggu story yang akan dibawa secara "live"tu.. ha..ha..ha.. hingga bertemu lagi.. hmm dah pukul 12.55 mlm dah..

Tuesday, June 23, 2009

Bonda Aminah Dalam Kenangan

Salam buat semua, hari ini tepat jam 9.15 pagi bersamaan dengan 23 Jun 2009 (mengikut tahun Masihi) telah genap hampir 4 tahun Ibu tersayang meninggalkan aku, Ayahanda Haji Ahmad Sabri, adinda-adinda ku Ainul Hayali, Firhat dan Ainul Hafizah.. Waktu kurasakan berlalu dengan begitu pantas.. Rasanya, baru semalam sahaja aku baru menatap wajahnya yang bersih suci terlantar di Hospital UKM, Cheras buat kali terakhir.. Malam-malam terakhirnya di hospital itu turut ditemani oleh Ayahandaku dan sepupuku, Zuriati (Acu) yang kini bertugas sebagai Pensyarah di UiTM..


Hampir sebulan lebih sebelum pemergiannya itu, aku ada pulang ke kampung halaman di Sungai Pasu untuk menziarahinya dan aku ada bertanyakan perihal kesihatannya. Seperti biasa, ibu mengatakan dia sihat sahaja cuma kakinya agak sedikit bengkak di bahagian betis ke bawah, tapi tidak sakit..tapi agak memperlahankan gerakannya..


Sekembali aku ke Kuala Lumpur, aku terus menghubungi Pakar O&G HUKM, yang juga sahabat ku, Dr. Hatta tentang apakah maksud "symptom" yang mungkin berlaku ke atas ibuku, sebab hampir 2 tahun sebelum ini ibu telahpun menjalani rawatan akibat kanser serviks dan telahpun pulih sepenuhnya..


Walaupun aku cuma bertanyakan perkara itu kepada Doktor Hatta menerusi telefon, tetapi dari nada suaranya, beliau kelihatannya "tidak gembira" dengan perkembangan terbaru itu. "Faisal, please bring your mother to see me, soon.. I don't feel good on this..!" Aku memang maklum sangat sikap keperihatinan Doktor Pakar berkenaan terhadap ibu selama ini yang dilayannya seperti ibunya sendiri. Malahan, beberapa kali dia sendiri yang menunggu Ibu di depan pintu biliknya di HUKM itu..


Seminggu telah berlalu, tiba-tiba di suatu pagi,..hari itu hari Sabtu..di awal pagi itu aku mendapat mimpi yang sangat aneh. Dalam mimpi itu aku melihat Ayahanda dan Ibu sedang menunaikan Solat dan sebaik sahaja selesai Solat, kelihatannya Ayahanda bangun dan menghala keluar bilik, manakala Ibu pula berdiri dalam telekungnya dan memalingkan mukanya tepat kepadaku sambil berkata "Long, Mak nak pegi jauh ni, long jaga lah adik baik-baik..".. Masih terngiang-ngiang lagi pesanan itu di telingaku hingga ke hari ini.. Serta-merta aku terkejut dan bingkas bangun dari pembaringan dan merasa satu perasaan yang sangat aneh yang tiba-tiba muncul dalam diri..Badanku berpeluh-peluh basah..Terasa seolah-olah ada suara yang berkata "Telah sampailah masanya untuk Aku mengambil Ibumu untuk kembali kepada-Ku.." Isteriku yang berada di sebelahku turut terkejut seraya berkata "Pasal Mak ke, bang.." Paling menghairankan juga, sebab tiba-tiba isteriku juga teringatkan perkara yang sama.



Bingkas aku bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan diikuti isteriku untuk menunaikan Solat Subuh berjemaah.. Begitu sukar rasanya menerima mimpi sedemikian dan kesan yang menyelinap ke dalam jiwa.. Aku gagahi juga membaca ayat-ayat suci dengan kalimah-kalimah yang pendek.. Entah mengapa jiwa terasa sedih, hiba dan sebak yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata.. Astaghfirullahal'azim..



Selesai solat, berwirid dan berdoa, ku capai Surah Yaasin lalu mula membaca ayat demi ayat.. dan semakin di baca semakin sebak kurasakan di jiwa.. beberapa kali aku terhenti membaca ayat-ayat suci itu kerana mata yang semakin kabur dengan linangan air mata yang tak dapat ditahankan lagi.. Dapat kurasakan, seolah-olah itulah peringatan yang Allah SWT hendak maklumkan kepadaku.. Ya Allah Ya Tuhanku, adakah aku akan terpaksa berpisah dengan Ibu ku ini, terasa belum puas lagi aku hidup bersamanya..



Pagi telah menjelang, segera aku sekeluarga bertolak balik ke Raub, menghadiri kenduri kahwin anak Kak Long Mazilah (Anak Enjang Melah) di bandar Raub, sebelum terus balik ke Sungai Pasu untuk menemui Ibu dan Ayahanda tercinta.. Segera aku mendapatkan Ibu dan bersalam sambil mencium erat tangannya.. kupeluk dan kupaut erat bahunya..Terasa sangat seolah-olahnya aku akan kehilangannya buat selama-lamanya.. Berbagai perasaan bermain dibenakku pada ketika itu.. "Mak, Doktor Hatta kata Mak kena datang ke HUKM untuk pemeriksaan lanjut, ya.." "Ya lah, Mak ikut ja..". Ayahanda berjanji akan membawa Ibu ke rumahku dulu pada hari Isnin sebelum menghantar Ibu untuk pemeriksaan pada hari Selasanya itu.. Aku kembali semula ke KL pada hari Ahad keesokan harinya..


Ayahanda dan Ibu telah selamat sampai di rumahku di Bangi pada hari Isnin petang dan aku dapat melihat Ibu semakin sukar nak berjalan cepat.. Walaupun rasanya kelmarin dulu Ibu nampak masih agak segar. Namun begitu, aku cuba berfikiran positif walaupun dalam kepala ini bermacam perasaan dan persoalan bercampur-baur semuanya..


Tepat pagi Selasa itu, aku telah membawa Ibuku dengan ditemani Ayahanda bertemu Doktor Pakar di HUKM, Cheras. Setibanya di HUKM itu, jika pada kebiasaanya, Ibu mampu berjalan, tetapi kali ini, Ibu meminta aku mendapatkan kerusi roda, sebab Ibu merasa penat sangat untuk berjalan.. Hatiku semakin tidak tenteram melihatkan keadaannya.. Kulihat Ayahanda juga cuba menyembunyikan perasaan bimbang dan kerisauannya di hadapan Ibu.. Ayahanda lebih banyak berdiam diri dan bermenung..seolah-olah Ayahanda juga mengetahui "sesuatu"..



Setelah pemeriksaan dijalankan, keputusan "X-Ray" dan ujian lainnya telah diperoleh. Semasa di pejabat pada hari Rabu, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Doktor Pakar HUKM.."Faisal, I hope you dapat bertenang, as I said earlier..this sympthom answers my fear about your mother's condition.. It's confirm, cancer.. second seed.. not at the place that we thought before, but at new place..paru-paru.., Ini yang paling bimbang sekali.." Terasa gelap sekejap bila dapat berita seperti tu, dan terasa "alamat mimpi" yang "diutuskan" itu semakin akan menjadi kenyataan.."Ya Allah, tabahkanlah hati hamba-Mu ini menempuh dugaan yang datang ini..Kuatkanlah hatiku, Ayahandaku dan adik-adikku menempuhnya.."


Begitulah keadaan Ibu saban hari kesihatannya semakin merosot..dan pada hari-hari Ibu di Hospital, Ibu tidak jemu meminta Ayahanda, anak-anak, menantu dan anak saudara (Zuriati), adindanya Cu Sepiah dan suaminya Pak Cu Saari agar sentiasa membacakan Surah Yaasin di sisinya.. Malahan pernah berlaku bilamana aku yang baru sahaja selesai menghabiskan bacaan Yaasin di sisinya dan menyangka Ibu telah tidur, tiba-tiba Ibu bersuara "Long, bacalah lagi Surah Yaasin tu, Mak nak dengar.." Begitulah saban hari.. Dalam keadaan Ibu diuji Allah SWT itu, begitu cekal jiwanya.. langsung tak terkeluar kata-kata yang menyesali keadaan dirinya, malahan sentiasa menasihati agar sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.. Jiwa mana lah yang tak sayu melihatnya begitu.. Setiap orang yang datang berziarah sentiasa Ibu memohon kemaafan dan keredhaan daripada mereka sekiranya Ibu ada melakukan sebarang kesalahan dengan mereka.." Mulianya hati Ibu yang penuh dengan kesabaran..


Antara yang menjadi ingatanku dan menjadi panduan hidupku sebagai suami-isteri adalah apabila melihatkan bagaimana "intim"nya hubungan Ayahanda dan Ibu yang lebih menyerlah di saat begini.. Setiap hari, Ayahanda akan membeli akhbar dan akan membacakan berita di dalamnya kepada Ibu yang terbaring di atas katil.. Alangkah indah dan setianya kasih mereka berdua.. Itu lah juga yang menjadi bualan para Jururawat di wad berkenaan yang sangat menghormati Ayahanda dan Ibu sepanjang mereka ada di sana..Ketua Jururawat di Wad berkenaan, Kak Wan pernah memberitahuku "Kak Wan tak pernah tengok pasangan macam Ayah dan Ibu Faisal tu yang saling mengasihi dan tulus antaran satu sama lain dalam keadaan sebegini..beruntunglah dapat ibu bapa yang begitu.."


Adik-adikku yang tinggal di Raub juga turut datang berjaga silih berganti siang dan malam.. Pernah juga isteriku menampung muntah Ibu sehari sebelum Ibu pergi menemui Ilahi buat selama-lamanya.. Pada hari itu, hanya ada isteriku dan Ayahanda sahaja di sisi Ibu di HUKM..


Beberapa hari sebelum itu, Doktor turut memberitahuku dan Ayahanda bahawa mereka telahpun berbuat semampu yang boleh untuk merawat ibuku. Aku dan Ayahandaku kini pasrah dengan apa jua kemungkinan yang akan tiba..


Pernah juga Ayahanda memberitahuku sebelum ini, sebelum Ayahanda dan Ibu bertolak ke Kuala Lumpur, Ayahanda ada bermimpi yang mana dalam mimpinya itu Ayahanda sedang berjalan berdua dengan Ibu dan setibanya di satu persimpangan, Ayahanda menyedari dia hanya berjalan keseorangan..Ibu tertinggal di belakang dan tidak bersamanya lagi untuk meneruskan perjalanan..


Begitu juga semasa ingin meninggalkan rumah untuk ke KL, Ibu telah masuk semula ke dalam rumah setelah berada di dalam kereta dan berjalan-jalan sambil memandang dalam rumah itu, seolah-olah akan pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya..Ayahanda ada bertanya kepadanya, kenapa Ibu berbuat demikian, tetapi Ibu hanya diam dan tidak memberikan jawapan.. Itulah kali terakhir Ibu melihat rumah yang didirikannya hasil bersama Ayahanda juga..


Setelah hampir 23 hari menerima rawatan di HUKM, akhirnya pada pagi 23 Jun 2006, jam 9.00 pagi, Ibu telah semakin nazak dan aku diminta oleh Jururawat agar bersedia dan melafazkan kalimah Syahadah di sisi telinganya.. Ketika itu aku baru sahaja selesai membaca Surah Yaasin.. Baru sahaja untuk kali keduanya aku cuba melafazkan kalimah syahadah sambil memandang wajah suci ibuku, aku sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan lafaz kalimah itu kerana terlalu sebak kurasakan dan air mata menitis laju di pipiku.. tak mampu lagi ditahan-tahan.. Ayahanda dan adindaku Firhat yang meneruskannya, manakala aku meneruskan dengan bacaan Yaasin hinggalah saat Ibu disahkan pergi dengan penuh ketenangan meninggalkan kami buat selama-lamanya di katil hospital HUKM itu pada jam 9.15 pagi..


Walaupun telah hampir 4 tahun Ibu meninggalkan Aku, namun setiap kali membacakan Yaasin untuk dihadiahkan kepadanya airmata ini sentiasa tak mampu ditahan-tahankan mengenangkan kasih-sayangnya yang tak berkesudahan terhadap keluarga.. Namun aku tetap gembira dan bersyukur kerana telahpun dapat menunaikan tanggungjawabku sebagai anaknya dalam menjaga dan menguruskannya sehingga ke akhir hayat.. Tanpamu Ibu, anakmu ini tidak akan mampu berdiri di dunia yang fana' ini dan tidak akan mampu mengenali Pencipta-Nya..


Apabila terkenangkan kisah yang diceritakan oleh ibuku kepada isteriku di suatu hari semasa Ibu masih di hospital, "Malam tadi Mak bermimpi, Mak di bawa ke Majlis yang besar sangat, dan Mak dilayan dengan baik sekali, diberi makan yang sedap-sedap sangat. Rasanya tak pernah Mak rasa sebelum ini sedapnya. Orang-orang yang bersama Mak pun, Mak tak kenal..". Pernah aku bertanya kepada seorang Imam Masjid dan dia berkata "Janganlah tuan bimbang, saya percaya dari kisah mimpi Ibu tuan itu, dia ditempatkan di tempat yang baik-baik. Sentiasalah berbakti dan berbuat kebajikan untuknya.."


Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah tawfik, hidayah, kasih-sayang dan rahmat-Mu ke atas Ibuku tercinta dan tempatkanlah dirinya di kalangan orang-orang yang Soleh. Peliharalah Ibuku ini dari 'azab api nerakamu. Sebaliknya, limpahkanlah nikmat Syurga Firdausy ke atas dirinya. Amin Ya Rabbal 'Alamin.. Insya Allah, kami semua juga akan menuruti jejakmu pada masa yang telah ditetapkan Qada' dan Qadarnya..

Bersemadilah dengan aman wahai ibuku..doa ku semoga rohmu sentiasa dirahmati Allah SWT dan berbahagia sentiasa di alam sana.. Amin Ya Rabbal A'lamin..

Al-Fatihah

Anakmu yang sentiasa mengingatimu selalu,

Abang Long

Friday, June 12, 2009

Kamus Moden Urang Dong Yang Terkini

Hmm, kali ini kawan rasa sungguh bertuah, sebab dapat makluman berkenaan bahasa kampung Dong yang begitu "unik" dan "sensasi". Unik tu sebab takkan jumpa kalau nak cari dalam kamus lain atau seantero dunia ni.. Sensasi pulak sebab cara bahasa tu diucapkan memang lain sungguh dari lenggok bahasa baku ni.. kalau contoh bahasa loghat Kelantan misalnya, perkataan "kawan" boleh dieja "kawe", "dema" dieja "demo".. tapi bahasa Dong ni terus langsung tak boleh nak dieja mengikut bunyi.. bunyi macam ala-ala huruf "ghin" dalam tulisan jawi pun ada, bunyi macam huruf "hamzah" digunakan pun ada.. memang mencabar minda dan lidah sungguh.. itu sebab orang Dong kalau dia pegi hujung dunia mane pun, kalau ada la orang Dong juge yang berdekatan, dia boleh terus kenal.. huiii..hebaaat tuu.. tak payah nak susah berbahasa KL laa.. akan tekeluar juge "bait-bait" bahasa dan loghat "eksklusif" Dong tuu..

Misalnya, dulu lagi orang Dong dah guna bahasa ni.. Perhatikan ayatnya "Menyampah betoi kawan menengok si-Mat tu, baru seminggu ke Kelumpo pun, dah nak cakap CANGGIH dah!".. Hmm, ini cerita bertahun dulu dah.. orang Dong dah tau guna perkataan CANGGIH tu.. cuma dia maksud tu lebih luas lagi.. bukan setakat bermaksud Mat tu cakap bahasa yang lain dari tempatan , tetapi nampak "ek" (belagak) pulak..

Tadi pun dapat lagi maklumat daripada "Fellow Fakulti Bahasa Dong" "Universiti Ontah Mano" kita, sape lagi kalau none other than Pakcik Omar (Uncle Lah or Aki Glamour laa tuu.. ha..ha.. jgn mare yea Pak Cik, gurau je!).. Mengikut kajian "sifu" kite tuu, banyak lagi perkataan lain yang dah mula generasi baru Dong kita tak tau guna dalam per"borak"an demanye..

Antaranya ialah, "Huii, habih RINCHI'T di rumah aki nun bila anak-cucu balik".. RINCHI'T ni adalah riuh-rendah tahap "gaban" laa.. yang memang tersangatlah riuhnye sampai tak boleh nak dengar jelas buah butir apa yang dicakapkannye..

Satu lagi , "Hukme biar betoi, habih hukme GERUN je buah mangga tuu.." Yang ni bukan maksud takut, tapi macam KIPONG laa.. ala-ala gigit buah tu gaye tupai pun ada..punya laa expert, sampai meleleh "jus mangga" tu ke siku (pisau pun malu tengok!).. sekarang ni, kalau tengok gitu, tak lalu pulak makan rasenya..he-he-he

"Turun cepat, hukme nak kena SENAWAT ke.. Yang jadi keluang ni nak jadi ape!" Huh, itu sama standard dengan ancaman "bom atom" tuu.. boleh birat punggung .. kalau nasib baik betis jee yang kene.. SENAWAT tu sama laa macam tindakan MEROTAN.. bise tu beb.. bila musim buah tu, "landing" dengan bekas garam colek terus dari pucuk jambu tu kira "heaven" laa... setiap dahan dah ada "penunggu"..kita "chup" tuu.. ada "trade mark".. sape berani kacau.. kalau yang dahan dah habih buah tuu, kira nasiiib laa.. terkulat-kulat je laa..harap belas ehsan "keluang" yang lain.. Selalunya, kalau tak merayu syahdu, mintak maap je lee..

bila dah main macam-macam kat keliling kampung tu biase la kaan, akibatnya satu badan pun "BERKETUA'S".. payah nak di'pronounce'kan nii.. haa, maksudnya memang dah COMOT tahap PhD. laa tuu..dah tak de level lebih tinggi dari tuu lagi dah..

Hmm, next "pit stop" kat mana lagi.. terjun batang Dong laa.. dulu-dulu batang Dong tu agak dalam le juge.. Mengikut kata Arwah Bonda, di zaman "kehebatan" dan "kemasyhuran" zaman remaja deme dulu, geng Bonda, Enjang Melah dan lain-lain tokoh lagi boleh main "diving" dari dahan pokok tepi tebing tu dan "cebooor" ke dalam sungai..siap main cari-cari kayu yang dicacak atas pasir di dasar sungai lagi.. hah, bayangkan le dalamnye batang Dong masa itu..

Yang best mandi di Batang Dong ni, kalau tibe-tibe terasa "terkucil" buat je muke "sadin".. hah lepas hajat pun geng sebelah tak tauu.. tau-tau dah pun legaaa... tapi dalam pada tu, kawasan-kawasan yang belubuk tu jangan le nak try kalau tak pandai berenang, harus CENGKELIK.. Haa, itu le istilah lain bagi LEMAS..

Akhir sekali, "HUNCA'S" yang digunakan seperti berikut.."Yang hukme pegi HUNCAS katil tu pasal ape?".. Yees, ia bermaksud "merosakkan sesuatu susunan benda seperti kain dengan teruk sekali.."

Hmm, rasenya banyak juge perbendaharaan kata yang diperoleh hari nii.. tak pe, kita akan usahakan lagi bahasa-bahasa hebat yang jarang didengar dan diketahui umat Dong zaman kini..

Memang indah kenangan masa dulu..

Kenangan Lalu Bersama Ayah Ngah..


Salam semua buat waris-waris Dong kite, minggu ini bermula dengan mengimbau kenangan terhadap insan yang pernah bersama-sama kite satu ketika dulu dan kini dah pun pergi buat selama-lamanya meninggalkan kite..inilah antara kenangan terakhir yang tak dapat dilupakan bersama Arwah Ayah Ngah (Cikgu Aziz) yang juga lama dulu merupakan seorang bekas guru dan pernah mengajar di Dong, Temau, jadi Guru Besar di Tanjong Raja, dan Ayahanda kepada Kak Long Limah (Halimah), Abang Ngah Mid (Hamid Pertanian) kita, Abang De Yin, Abang Ta, Abang Man (Hakim Mahkamah Tinggi kita), Kak Nor, Kak Ani (Siti Rohani), Kak Muli (Muliyati Azlina), Kak Ja (Haniza), Abang Atan (Nazmi) dan Nah (Fazilah) yang satu-satunya mengikut jejak Arwah menjadi seorang Guru di Sarawak..
Sebenarnya, hati ni macam terpanggil je nak menziarah Arwah Ayah Ngah pada Hari Raya Haji yang lalu dan mintak nak bergambar dengannya.. Seperti biasa, dengan ceria dia tu, kawan pun tangkap la gambar ni bersama dia.. Dalam hati tu berkata juge, kot-kot tak dapat pulak nak berjumpe lagi dengan Arwah.. Rupenye, telahan tu menjadi kenyataan juge.. Dalam keadaan tiba-tiba, Arwah sakit dan dimasukkan ke hospital. Dalam masa yang singkat juga Arwah pergi meninggalkan dunia yang fana' ini buat selama-lamanya mengadap Pencipta-Nya Yang Maha Agung..
Seingat-ingat kawan la, tak pernah sekalipun kawan ada mendengar dia marah kepada kami anak-anak sedara yang kadang-kadang tuu nakal laa juge.. Itu laa jiwa dia, hebat sungguh kesabarannya.. Semasa sempat mengucup jenazahnya buat kali terakhir tuu.. hai, tak dapat lah nak digambarkan macam mana perasaan kawan pun, menitik juga air mata bila teringatkan kenangan yang manis zaman dulu-dulu.. nanti kawan ceritakaan... Insya Allah.. -Al-Fatihah..

Wednesday, June 10, 2009

Kenangan di Rumah Aki di Kuala Gali

Seperti biasa, bila balik ke kampung di kuala gali tu, malamnya memang lah sunyi.. Yang menariknya, semasa zaman-zaman kereta tak sampai lagi ke laman rumah aki tu, tapi masih "parking" di tepi "lebuh" je, maka jalan ke rumah aki tu memang kena berjalan atas "ban" atau batas paya.. kalau hari hujan, mula la "BERSEMPILA'T" kaki kena lumpur.. (walaupun ada tanda " ' " tu, tapi idgham dong tu memang payah nak diikut dengan bahasa baku hari ini.. DBP pun tak boleh nak tolong tuu..)

Pernah satu ketika, turun dari kereta nak balik ke rumah aki, terserempak dengan geng kerbau.. (bukan mail kerbau tu).. dia pun "stare" baik punye kat kite.. masa tu, kawan baru darjah 4 lebih kurang.. kita hala ke batas, dia pun datang dekat juga.. jawabnya cabut lari atas ban paya laa.. dah tak pasai-pasai habih BERSEMPILA'T kaki kena lumpur.. nasib baik ada perigi yang cukup jernih di tepi jalan tuu..ada lagi ke agaknya perigi tuu..

Bila berjalan sampai ke rumah aki tu, haa..mata pun mula mula la cerah.. Gerombolan ayam itik pun "stare" semacam je kat kita.. Mungkin dalam hati haiwan tu berkata "Laa, balik pulak dah puak ni, dah sah sengsara punya hidup aku ni, bila laa diaorang ni nak blah!"..ada yang trus mengejar ayam, mengejar itik serati, "menguji tunggang" basikal Pak Tek.. dan yang ter"best" bila berlaku insiden MENGEJAR angsa Dan geng tu DIKEJAR semula oleh angsa tu.. Yeess, memang tragik kesan khas yang ditinggalkan.. faham-faham je la kalau menggangu gugat 'ketenteraman' makhluk tuu... memang sengaja mencari nahas lee..boleh trauma tuu..

Basikal pak tek pulak kita luaskan "penguasaan litar sirkitnya".. bukan setakat keliling rumah aki je,.. tak rugged la macam tu.. sebaliknya, kita terus "rammm " sampai ke batang Dong (Sarawak pun panggil sungai dia sebagai "batang"..hmm orang Dong dengan Sarawak ni ada bau-bau durian ke?..PHd thesis tuu..hi-hi-hi..), ronda sampai kampung dalam lagi tu, hala ke rumah Bung Jalil kita.. baru laa dikatakan "ronda kampung".. tapi kadang-kadang nasib tak menyebelahi juga, sebab adala juga beberapa kali kena masuk "pit stop".. berdarah siku, lutut.. terlanggar akar "mutan" (rambutan le tu, bukan 'Mutant' macam x-men tuu).. dan seperti biasa..rehat le kejap..lepas tu..yees..another round laa.. sambil "skodeng" pokok aki yang mana "hasil tuaian terbaik"..ini terpakai juga untuk si-At dan Andy.. rider rempit kampung tuu dulu-dulu..sekarang je dah insaaaf tuu...

Tu laa kan, bila ingat balik semula, nakal tu ade la juge..kalau tak, takkan dipanggil bebudak ye tak.. Ada sekali tu, semasa Arwah Aki dah berkahwin kali ketiga dgn Arwah "Mak Wan".. makanya "Mak Wan" ni telah memberikan syarat khusus untuk kami (pewaris sahih Arwah Aki dan Arwah Wan yang pertama) agar tidak menyentuh pokok rambutan dan manggis yang di"reserve" kan untuk anak cucunya semasa musim buah tahun tuu..

Kami pun menggangguk-angguk AKUR dengan begitu "FAHAM DAN PENUH PENGERTIAN".. Aha, berpaling aje orang tua tu, tanduk kami pun tumbuh laa.. Yeesss, yang tak bagi tu laa kami sesah dulu..sebab buahnya banyak..dan merah-merah belaka.. manggis pulak, yang pokok tu laa buahnya paling lebat dan masak.. Bila terdengar dia datang, yeeesss.. kami pun alihkan galah tu kat pokok lain.. so, horay..selamat le.. Astaghfirullahal'azim.. mintak maaf je laa kaan.. nak buat macam mana, pakcik Omar pun join juge...ha..ha..ha..

Bila malam menjelma, pukul 8 je pun dah cukup gelap dan sunyi.. bunyi ladung jam dinding Arwah Aki yang ada sayup nun di ruang depan pun boleh kedengaran sampai ke dapur.. tapi part yg best, kalau terasa nak buang air kecik.. Yeeesza.. bukak aje pintu kat atas "pelantar" luar di bahagian dapur tu dan "terbangkan khazanah anda dari situ pada ketinggian 6 kaki terus ke tanah"..macam "air pancut kat Putrajaya jee.." And nobody careeeesss.... happy je.. Nasib le kalau ada ayam itik yang belum masuk reban..he..he..he..

Indahnya kenangan masa dulu..

"Kisah kehebatan dan kekayaan Bahasa Orang Dong"

Salaam semua, hmm dah agak lama juge rasanya tak berkesempatan nak menulis cerita baru nii..bukannya apa, sekejap kena ke ceruk sinun ber'meeting' kata orang Dong..he..he..he..gurau je tu.. Emm,sapa yang tak ingat kisah dulu-dulu bila becakap dengan orang tua-tua kita yang kadang-kadang memang menimbulkan tanda tanya bila dia mula bercakap agak laju sket.. Misalnye, kalau Arwah Mak kawan, Teh Minah atau Cikgu Minah di kalangan kengkawan dia, akan lebih senang memakai perkataan "Hukme" bila merujuk kepada "awak".. "Hukme nak ke mane?"..Lebih "afdhal" lagi kalau diucapkan oleh Arwah We Zaimah kita atau lebih dikenali dengan gelaran "We Lepar".. hebat tuu.. "Ambik sket teselait tu..!" kata dia.. Apa pulak benda TESELAIT tu? haa.. itu la "torch light".. amacam hebat tak org tua dulu.. bahasa Omputeh tuu.. glamer apa.. "Bende erg'h yang TERGAING je te'h!" ..Tergaing tu "tergantung di atas pada sesuatu!".. "Malam tadi Mat kena kejar dek hantu, MENCENINING dia lari.." haa.. "mencenining" ni lebih laju dari yang paling laju.. lebih lintang-pukang dari yang paling lintang-pukang.. hebat tuu.. Kalau di Kuala Gali tu dulu, jika ada sesedara yang nak pegi ke tepi jalan besar tu, maka perkataan yang digunakan ialah, "Kume nak naik ke darat nun..!" dan kalau nak ke sungai pulak, akan disebut " kume nak ke batang Dong!" atau "kume nak ke bawah nun..".. hmm, bila difikirkan banyak juga istilah yang tak masuk dalam kamus dewan bahasa nii.. mungkin boleh dibukukan..

Antara perkataan yang sering saya sendiri kena "Huh, awak ni long tak semenggah langsung, "SEMPOYA'S amat.." Haa, itu maknanya, memang ketrampilan tu "out of taste langsung" atau "negatif 0" agaknya..lousy..Kalau diucapkan oleh bakal mentua, memang tak de harapan laa tuu..! Hmm, kalau dulu di kuala gali tuu tak de la memasak pakai dapur gas, dapur "SEMAWAR" pun tak ade (kalau masak pakai kayu api tu, sket atas laa..tpi kalau masak guna dapur gas tu, bandingannya sket bawah..).. yang ada di rumah Aki tu, hanya la dapur kayu api,.. huii best juge, kalau sesekali hujan lebat turut, mula laa ramai-ramai berkumpul kat tepi dapur tu, nak dapat panas dapur.. hmm..macam-macam kenangan di waktu dulu.. indahnya..!

Monday, June 1, 2009

Kisah "Si-Pemadam Pelita"

Arakian tersebutlah kisah yang diceritakan oleh umat dahulu kala.. di negeri Kuala Gali jua tempat berlakunya.. di rumah Aki Md. Yudin kita juga tempat terjadi.. Nak dijadikan cerita, berkumpullah beberapa 'tokoh hebat' dalam bidang 'peranginan'.. bukan pelancongan yang disangkakan, tapi 'angin pus-pus' yang jadi taruhan.. Memandangkan 50 tahun yang lalu, di kampung itu belum punyai lampu yang petik di tepi menyala di tengah, maka api pelita ayan lah yang menjadi sandaran..sesekali aje ade la juge lampu "geslen" yang pakai "spirit" tu.. [Nanti kita story dalam bab lampu pulak!].. maka bertandinglah mereka dalam pertandingan "angin pus-pus siapakah yang paling hebat azabnya dan mampu memadamkan api pelita tu" [apa tak hebatnya, gas karbon dioksid paling solid keluar campur ammonia kot].. ada yang bunyi perlahan, ada yang bergema macam meriam buluh.. Setiap 'atlet' olimpik itu tepaksa menyingsing kain masing-masing untuk memastikan 'target' nuklear tepat ke sasaran.. Akhirnya, pemenang yang berjaya adalah atlet yang berjaya mengeluarkan "angin pus-pus bersekali dengan tut-tut-tut secara bersepadu".. [watak-watak sebenar telah dengan sengaja di"sensor" sebab kalau sebut semue waris boleh kenal dan terkejut tengok 'performance' uncle or grandpa dema nye ha!ha!ha!]

Emm..indahnya kenangan lalu..

Teringat kisah 'Orang-Orang tua Senior' kita di Kuala Gali

Bertemu lagi kali ini, dalam menung-menung tu, teringat pulak kisah orang-orang tua kita yang sangat dikenali di kampung kuala gali dulu nun.. Itupun kalau hukme ingat lagi. Pernah dikisahkan dulu, oleh Abang Ta kita (anak Arwah We Zaimah dan Arwah Ayah Ngah) mengenai Arwah Aki We Bedawi yang memang hebat personalitinya di kampung tu pada ketika itu.. Aki ni memiliki honda cub 60cc rasanya.. pada ketika itu, jalan ke rumah aki dari 'darat' nun atau dari 'lebuh' hanyalah lalu atas 'ban' je atau 'batas paya' je.. belum boleh lagi kereta sampai terus ke laman rumah aki Md. Yudin kita tu.. Jadi, pada ketika tu, kalau kita terdengar bunyi motor honda cub lalu, tak kira siang atau malam..dan tiba-tiba kalau terdengar ungkapan berikut "Aaaa..Allah..." dan diikuti dengan bunyi enjin motorsikal yang dah 'dimatikan'..maka maknanya 'senior rider' tu dah masuk dalam paya le tuu.. Nak confirm lagi, tengok pagi esoknye, kalau kelihatannya Aki We Bedawi sedang asyik membasuh motorsikalnya tu, itu bukti 'kukuh' tentang aksi 'stunt' yang dilakukannya pada malam sebelumnye..

Satu kisah lagi diceritakan oleh Uncle Cik kita.. hmm, Arwah Aki We ni juge memang sangat hebat dan dikenali oleh polis seantero Dong dan mungkin juga sampai ke Penang pada ketika itu..sebab dia juga pernah naik motor sampai ke Penang pada zaman tu.. menziarahi Arwah Tam Ta.. Apa hebatnya tu, hmm kisahnya begini.. Aki ni memang seorang yang cukup baik hati dan 'lurus' sesuai dengan ketokohan agama yang dimilikinya.. Justeru itu, bila lalu di hadapan 'road block' atau sekatan jalanraya yang dibuat oleh Polis Dong tu terutamanya, bila polis lambai je tangan (sebenarnya untuk suruh berhenti).. dia pun membalas lambaian tangan anggota polis yang bertugas tu dengan senyuman sambil berkata "Waalaikumsalam.."

Hmm..indahnya kenangan lalu..

Apa khabar orang kampung babak kedua

Salaam semua, apa khabar kita weh.. lama juga tak menulis, tak berkesempatan waktu. Sibuk amat dengan kerje. Nak komplen kerje banyak pun tak nye boleh, sebab yang pandai pun hak tu je. Jadi buat je lah, untuk rezeki keluarga. Tadi pun dapat panggilan telefon daripada Uncle Cik kita (gelarannya Pakcik Omar di kalangan geng senior, tetapi dikenali sebagai 'Uncle Cik' di kalangan generasi muda yang tak berapa muda) Bagi kalangan cucu-cicit pulak, dikenali dengan 'Atuk glamor'..jangan marah ye. Gitu lah kita ni, selagi hayat dikandung badan, dapat lah juga kita 'seloghor' (se-lo-ghor)..[atau bergurau dengan agak sedikit kasar tapi berniat sekadar menambah kemesraan bagi yang akrab].. Pakcik pun turut membaca blog kampung ni..Alhamdulillah.. saya pun baru mencuba je..

Hmm, sebentar tadi baru je dapat panggilan telefon dari adik pupu yang berada di UAE, Along Andy kita (Affandy), anakanda Cu Sepiah dan Pak Cu Saari kita.. Tiba-tiba teringat pulak kisah masa kami kecik-kecik dulu.. Nak dijadikan cerita, si-Andy ni dan adinda kawan (perkataan seerti dengannya: koi, kawaih, atau kas mengikut ejaan baku) iaitu si-At (Firhat) ditakdirkan sebaya pulak tu.. kalau dulu dalam 30 tahun lebih yang silam, kedua-duanya tu kalau je balik ke rumah Aki Md. Yudin, maka kelam-kabut lah orang tua tu dibuatnya.. Tak pasal-pasal ayam dia akan 'berkurangan' jumlahnya.. bukan sebab dijadikan santapan.. tapi dijadikan bahan ujikaji para pakar sains ni dalam segala jenis.. Ada angsa pun sampai dah penat berlari dikerjakan bebudak tu.. Yang paling kesian bila tengok 'rezeki' katil aki yang dalam bilik di Kuala Gali tu.. kalau diibaratkan batang gigi yang penuh kayu-kayu katil tu, habih relai satu-satu setiap kali geng Mat Kilau dan Datuk Bahaman ni balik kampung.. selamat dijadikan 'senapang' untuk main perang-perang.. Pak Tek pun tak boleh kata apa-apa.. Kalau nak diingatkan, mengikut kata Arwah Bonda Aminah dulu, isssh, Arwah Aki Md. Yudin tu bukan main lagi garangnya.. siapa yang tak kenal.. kalau mengajar agama time dulu-dulu atau kelas dewasa tu tak ada orang yang berani menyanggah.. kalau di kedai Dong tu.. kedai mamak "Ba'a-Cheng" seantero dunia kenal dengan Mamak Md. Yudin.. aka 'The General'.. Kita pun berbangga jadi cucu dia sampai hari nii.. Tapi, bila kena dengan cucu -cucu dia yang 'mewarisi' darah pendekar dia tu, habih laa 'kegarangannya', cair pulak jadinya..Dengar ceritanya, nak jadi menantu dia pun jenuh kena 'test'.. hmm maklumat terperinci kena cari tuu..

Yang menariknya juga, Arwah aki ni, memang sentiasa menjaga hati semua orang.. kata dia "Cucu Aki semuanya CANTIK belaka..!" [Ye ke? sendiri mau tau le..cantik tu kat mana..] Apa pun, statement tu antara yang terbaik hingga kini..ehem..

Bagi yang tak berapa kenal dengan 'Jeneral' kita ni, di zaman mudanya memang aki kita ni seorang yang paling segak (cuba tengok gambar dia yang pakai kot di zaman mudanya) dan paling berani (terbukti di zaman sebelum darurat lagi..) Malahan, kalau tiba 'time' nak ambik gambar, memang dia akan pastikan bergaya sungguh.. beberapa kali le juga kawan jadi 'jurugambar' aki kita tu.. tak payah nak kata 'action', dia dah tau nak 'posing' macam mana..

Kalau dulu, di hujung laman rumah aki menghala ke 'pulau' tu, terdapat tali air..jernih je airnya.. kadang-kadang jadi juga tempat 'pelaburan ASB' di zaman tu.. yes..serve the purpose.. time dulu-dulu le tu.. dan banyak ikan 'kalang' di dalamnya.. puyu dan sepat jangan cakap la.. memang best..

Di sekitar rumah aki pulak, ada bermacam-macam jenis pokok buah, tapi yang favourite nye, buah rambutan, manggis dan langsat laa.. 'kundang' pun ada.. uiiissh, teringat ni pun dah meleleh rasa air liur.. itu laa kenangan mengusik jiwa..

Sekarang ni, dah usang rumah tu.. kampung pun dah tak ada orang lagi.. semua hanya tinggal kenangan..

Thursday, May 21, 2009

Apa khabar orang kampung? Apa khabar anak-anak, cucu-cicit Tuan Guru Mamak Mohd Yudin semua. Semoga kita semua sihat sejahtera dan aman bahagia sentiasa, walau di bumi mana pun kita berpijak, di Malaysia ke, di tanah Arab ke, di England ke..mana-mana je laa..

Syukur Alhamdulillah, kita masih lagi diberikan peluang untuk menghirup udara di bumi bertuah ini, sedangkan di bumi lain telah berlaku pelbagai musibah dan persengketaan.

Bila kita memfokus kepada waris-waris kita, teringat pulak kepada beberapa orang dari sedara-mara kita yang dah pun pegi meninggalkan kita buat selama-lamanya..

Dulu, bila kita toleh kiri dan kanan masih teringat-ingat lagi wajah-wajah ceria yang masih setia menemani kita..

Sekarang ni, dah makin kurang rasanya.. Ye, la.. macam di Kg. Kuala Gali tu, Arwah We Aji Bedawi, Arwah Aki Ngah Ya, Arwah Aki We Kalok..itu peraih dulu nye laa.. Lepas tu diikuti pulak dengan Arwah We Zain (Imam Masjid Dong kita dulu dalam tahun-tahun 1980an)..
Yang kemudian-kemudian ni ramai juga lagi yg semakin tak ada..yang dah tak ada dalam 4-5 tahun lepas termasuklah Arwah We Zaimah (We lepar), Arwah De Semah, Arwah Wan Cu Inab (Zainab), Arwah Bonda Aminah, Arwah Ndak Jai dan terkini Arwah Ayah Ngah yang kita kasihi..

Sedar tak sedar, rupanya kita sendiri dah pun semakin tua..dah naik 40 tahun lebih belaka umurnya.. Abang Ngah Mid kita pun dah lama dah pencen Pertanian nye..

Kalau ambik kira Pak Cik kita pulak, tak laa begitu sangat, sebab pencen pun nampak 'steady' je..

Itu laa, bila diingat semula kenangan zaman dulunya..zaman tak reti ke benda tu, "kurin'g" je kalau lepas main di rumah Aki Mohd Yudin di Kuala Gali tuu.. setiap kali balik ke situ, mula laa nak mandi ke Batang Dong (Sungai Dong tu laa kata orang hari nii..).. kalau mandi tu.. hmm.. sangkut tuala kat atas pokok keladi je, lepas tu.. terjun je laa.. (birthday suit je).. hmm.. selagi tak biru bibir atau tak birat punggung kena sesah di rotan tak le naik ke darat.. punya laa best.. hmm..tahun 70an ada lagi kenangan tuu..

Kalau musim buah lagi laaa best nye.. sama naik dengan keluang, duduk atas pokok... makan buah jambu kee... huiii bestnye.. haii.. entah laa.. itu je la kenangan yang kita ada.. dah tak mungkin dapat lagi dah..

Hmm..kita sambung kisah selanjutnya lagi kemudian dalam siri akan datang..