Monday, September 5, 2011

Kisah Orang Lama Warga Dong..

Assalamualaikum semua khususnya buat orang Kampung Dong kita, lama bebeno kawan tak dapat nak menulis disebabkan kekangan dan kesuntukan masa.. keluar pagi dan balik maghrib.. al-maklum saja lah kerja makan gaji nih..
Dalam sedar tak sedar dah dekat 2 tahun tak jenguk ke blog sendiri.. sampaikan ramai "rodong" kita yang menghubungi kawan mintak "kiso't-kiso't" la juga kisah terbaru dalam blog ni..sebab dah lama tak nyer betambah.. insya Allah..
Ni pun, kawan baru jer balik dari kampung di Dong..balik Raya Aidil fitri.. sempat menjenguk beberapa urang sedara-mara kita..terutamanya yang dah "senior".. kalau yang junior tu, tak ler kisah sangat lagi..hok itu, dimanyer la yang kena jenguk kita yang lebih tua ni..
Dalam ziarah tu, teringat la juga beberapa urang kampung kita yang sudahpun mendahului kita.. Misalnya, Arwah Pak Ndak Din Katib, Arwah Ngah Seman kita, Arwah Tam Dolah (Datuk Abdullah Majid), Arwah Aki Ngah Ya, Arwah Tam Ta (Bekas Kadi Besar Pahang), dan lelain lagi..
Bila becerita tentang Arwah Pak Ndak Din Khatib ni, teringat kisah dulu-dulu, masa demanya tu masih bujang trang tang tang..belajar mengaji agama dulu.. Dikisahkan oleh sahabat-sahabat senior kita, pada ketika itu, ramai juga urang-urang lama ni belajar agama dengan Arwah Ustaz Omar bapa kepada Arwah We Amir yang duduk di Pasir bayam nun.. Masa tu dema bebudak ni duduk serumah..ramai la juga.. Bila tiba waktu Subuh aja, kedengaran laa laungan Azan Subuh dan akhirnya diikuti dengan solat berjemaah oleh bebudak ni (masa tu dema ni masih bebudak lagi..).. Tok Guru pun rasa lega dapat anak murid yang begitu..
Cuma, lama-kelamaan ada "kemusykilan" dalam kepala tok guru ni..sebab tak ler nampak kelibat orang mengambik wudhuk dan tak juga terdengar bunyi gerakan orang bersolat atas lantai papan tempat bebudak tu duduk kalo dema melakukan sujud ker..
Akhirnya, diintai dek tok gurunya. Memang dema ni murid yang cukup bijak dan cemerlang belaka.. wudhuk tak payah ambik, Azan dilaungkan oleh Arwah Pak Andak Din yang jadi Tok Khatib sambil baring telentang jer..mata pun pejam. Selesai azan, geng lain pulak ada yang jadi Imam dan sebahagian yang lain jadi makmum, tapi semuanya baring telentang dalam selimut masing-masing jer.. "selesai" habih solat subuh tuu.. Apa lagi, semua kena "senawat" dengan tok guru laa lepas tuu.. sebab menipu tak bangun solat subuh.. Hebat-hebat dema dulu "mengaji" weh..
Bila terkenang kepada Arwah Ngah Seman (yang lebih dikenali dengan nama cemungannya "Seman Puti't" ..susah sungguh idghram nak eja lidah Dong ni..tak ada bentuk ejaan boleh buat dengan tepat.. Arwah memang antara orang lama yang sangat rapat dengan kawan semasa hayatnya, sebab dia cukup seronok bila kami berkongsi pengalaman kisah-kisah mahkamah, kerana kebetulan pulak pada ketika itu dia pun pernah menjadi Pegawai Pendakwa Jabatan Agama dan kawan pun bertugas di mahkamah..
Pernah diceritakan oleh sahabat arwah yang berkunjung ke rumahnya satu ketika dulu.. Sampai saja sahabat itu di rumah Arwah, disambut oleh Ngah Jah (isteri Arwah) yang menyebut Arwah dalam bilik ayer..dan mengajak sahabat naik ke rumah dulu.. sambil duduk tu, terdengar bunyi Arwah dah selesai mandi dan membuka pintu bilik ayer.. Hah.. terus aja dia Qamat dan sambil salin kain cukin dengan kain pelikat tu dah selesai pun qamat..lepas tu terus jer Ussolli..niat solat.. ha!ha!ha.. tak payah nak nunggu sampai duduk bebetul atas tikar sembahyang baru nak qamat.. Bila dipikirkan pun, yea tak yea juga..sebab kain cukin tu pun dah tutup aurat dan apa lagi sambil pakai kain pelikat tu ..qamat jer laa.. tak der salahnyer pun.. hebaaaaat..
Bercerita kisah Pak Ngah Ya ni, teringat kisah dia nak belajar menembak menggunakan senapang patah .. dikisahkan oleh pak sedara kawan, pada hari yang ditentukan untuk dia mencuba senapang tu, maka dia pun duduk mencangkung laah dan senapang patah itu pun diletak tapaknya pada bahu kanannya dan bersedia untuk mengacu ke arah tupai yang banyak di kampung Kuala Gali tu.. kata pak sedara kawan ni.." Pak Ngah, aok pegang kekemas..takut telucut..senapang ni kuat tendangnya.." Arwah mengangguk jer, macam dah cukup maklum sifat senapang tuu.. Bila peluru dah diisi, maka dia pun sedia nak menarik picu tu.."Bammmm..!" peluru dilepaskan setelah picu ditarik.. Hmm, tupai entah ke mana halanya..yang pasti Pak Ngah Ya tertungging terbalik ke belakang sebab ditendang dek senapang patah tu.. Habih mengilai urang yang menengok.. kes naya.. "jeran" dia lepas tu..
Insya Allah..ada rezeki akan kita sambung lagi kisah dulu-dulu ni.. Wsalam..